SELAMAT DATANG

Hello dan selamat datang ke laman blog Alumni SMK Seri Kundang.

Pihak sekolah amat berbangga kerana akhirnya Alumni SMK Seri Kundang dapat diwujudkan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua bekas-bekas pelajar. Kami amat mangalu-alukan pendapat mahupun idea anda untuk disumbangkan kepada pihak Alumni ini untuk mengadakan pelbagai aktiviti dan juga program yang ingin dijalankan bersama-sama. Untuk makluman anda, Alumni ini baru sahaja ditubuhkan pada 16 September 2010 dan telah mndapat kelulusan pihak sekolah dan bernaung di bawah PIBG SMK Seri Kundang. Alumni juga telah pun mengadakan Mesyuarat Agung kali pertama pada 16 September 2010 bertempat di SMK Seri Kundang dan juga telah melantik organisasi untuk menjalankan Alumni ini.

AJK ALUMNI 2010 - 2012

AJK ALUMNI 2010 - 2012

Tuesday, December 28, 2010

Majlis Jamuan Hari Raya & Mesyuarat Agung Alumni SMK Seri Kundang 2010



Alumni SMK Seri Kundang telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya dan Mesyuarat Agung kali pertama pada 16 september 2010 bertempat di Kantin sekolah SMK Seri Kundang. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli-ahli Alumni dan juga guru-guru yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis. Objektif utama majlis ini diadakan adalah:

  • Merapatkan lagi hubungan antara semua bekas pelajar-pelajar SMK Seri Kundang.
  • Memupuk sifat kerjasama sesama bekas pelajar dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.
  • Melatih semangat berpasukan dan toleransi dalam kalangan bekas pelajar dan guru-guru.
  • Mengumpul semua bekas pelajar SMK Seri Kundang.

 Muat turun dokumen / informasi terkini