Alumni SMK Seri Kundang telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya dan Mesyuarat Agung kali pertama pada 16 september 2010 bertempat di Kantin sekolah SMK Seri Kundang. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli-ahli Alumni dan juga guru-guru yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis. Objektif utama majlis ini diadakan adalah:
- Merapatkan lagi hubungan antara semua bekas pelajar-pelajar SMK Seri Kundang.
- Memupuk sifat kerjasama sesama bekas pelajar dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.
- Melatih semangat berpasukan dan toleransi dalam kalangan bekas pelajar dan guru-guru.
- Mengumpul semua bekas pelajar SMK Seri Kundang.